Salam Rahmat!
Mungkin ada yang bertanya...apa itu Aura?
Aura merupakan medan tenaga hidup yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya juga digelar sebagai gelombang elektro-magnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.

Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Sungguhpun sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu tidak kelihatan, sebenarnya ia wujud di persekitaran dan menyelebungi tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan hidup.
Aura merupakan “perisai” ataupun “pakaian qalbu” individu.Ianya juga saling berkait dan dipengaruhi oleh interaksi dalaman emosi,
Ianya juga saling berkait dan dipengaruhi oleh interaksi dalaman emosi, minda, spiritual dan tubuh individu.
Sifat aura adalah yang sesuatu tulus, bersih, positif dan harmoni...namun IANYA BOLEH BERUBAH SEIRING DENGAN PERJALANAN EMOSI, MINDA, FIZIKAL &
SPRITUAL individu. Fitrah kehidupan insan yang tidak pernah lepas dari dugaan dan
cabaran tambahan pula dibesarkan dalam latar belakang serta sejarah yang berbeza menyebabkan ada ketikanya pancaran aura menjadi tidak hormoni, kelam, busuk, bocor dan tersumbat.
Keadaan ini mengakibatkan individu tersebut melalui fasa yang dinamakan EMOTIONAL BLOCKAGE. Lazimnya individu yang berada di dalam keadaan sakit, stress, bimbang, resah, sedih, marah, kesal ataupun terganggu emosi, minda atau ruhaninya mempunyai aura yang tidak sekata warnanya serta ukuran aura yang lebih kecil berbanding individu yang berada di dalam keadaan SIHAT dan SEJAHTERA yang mempunyai warna aura yang seimbang dan lebih besar.
Untuk apa anda perlu mengetahui ukuran AURA seseorang?

Mengenalpasti kestabilan emosi individu

Mengenalpasti kejernihan hati serta karisma diri

Mengenalpasti kewujudan energi-energi negatif dan positif pada individu
Dengan DOWSING ROD anda BOLEH mengetahui ukuran AURA anda, rakan anda, hidupan lain dan energi di sekeliling anda..
APAKAH DOWSING?
Dowsing adalah kebolehan mencari jawapan dan bukti nyata dengan menggunakan peralatan yang dipanggil Dowsing Rod. Ia digunakan secara meluas pada zaman dahulu sebagai satu alat yang ringkas tetapi AMAT berkesan dalam usaha mencari barang yang hilang seperti syiling, sumber air di bawah tanah, termasuk juga mencari vitamin yang betul serta alat bantuan kesihatan untuk tubuh badan.
Ini termasuklah mengukur AURA seseorang individu. Malah bukan itu sahaja, dowsing rod ini juga dapat mengukur kehadiran unsur negatif ataupun gangguan makhluk halus yang hadir.
Walaupun kegunaan alat dowsing tidak dapat dibukti secara saintifik masakini tetapi ia masih satu alat alternatif yang SIGNIFIKAN dan memberi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN yang sangat menarik dalam mengaplikasikannya untuk kegunaan harian kita.
SIAPA BOLEH MENGGUNAKAN DOWSING ROD?
Semua manusia mempunyai kebolehan untuk melakukan dowsing. Terdapat juga sebilangan orang yang begitu sensitif dan akan merasakan tindakbalas dowsing serta merta. Manakala terdapat juga orang yang memerlukan latihan sebelum dapat melihat atau merasakan kesannya.
SIAPAKAH ORANG TERKENAL YANG PERNAH MENGGUNAKAN DOWSING?
Berdasarkan sejarah terdapat ramai dikalangan nama-nama besar seperti Leonardo da Vinci, Robert Boyle, Thomas Edison, Albert Einstein dan Sir Isaac Newton yang menggunakan teknik dowsing dalam bidang masing-masing. Mereka ini adalah nama-nama yang berjaya menggunakan teknik dowsing dengan baik.
: KEGUNAAN LAIN DOWSING ROD
DOWSING ROD SEBAGAI ALAT BANTUAN JUALAN
Pada masa kini, Dowsing Rod popular sebagai alat bantuan jualan. Penggunaannya secara meluas mampu meningkatkan jualan sesuatu produk. Bukti nyata apabila ujian pengukuran aura dilakukan kepada sesuatu produk mampu meyakinkan pelanggan kepada kekuatan sesuatu produk itu.
DOWSING ROD SEBAGAI ALAT LIE DETECTOR
Dowsing rod juga digunakan sebagai ujian samada seseorang itu bercakap benar atau bohong!
Untuk tujuan ini, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memegang dowsing rod ke arah rakan anda dan tanyakan soalan padanya. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah bohong maka pergerakan dowsing rod akan menguncup ke dalam dan sekiranya jawapannya adalah benar maka dowsing rod akan mengembang ke luar.
Apa kata anda cuba lakukan pada rakan anda!
LAIN-LAIN KEGUNAAN
Kegunaan lain dowsing rod ialah mencari barang yang hilang, sumber air dibawah tanah, mengesan energi-energi di sekeliling kita dan pelbagai lagi. .
PENGALAMAN SAYA DGN DOWSING ROD
Sebagai seorang Kaunselor dan Therapist, saya menggunakan dowsing rod sebagai alat bantuan utama dalam setiap sesi kaunseling yang saya jalankan. Dengan menggunakan dowsing rod sebelum Terapi EFT, saya dapat mengenalpasti tahap aura seseorang klien.
Teknik ini dapat memberi kepuasan insyaAllah, bilamana pihak klien itu sendiri dapat melihat PERUBAHAN dan PERBEZAAN ukuran aura mereka sebelum dan selepas rawatan Terapi EFT diberikan.
Selain MENIKMATI kelegaan, ketenangan, HARMONI yang membawa kepada KEREDHAAN TOTAL dengan cabaran dan 'hiburan Allah' yang hadir lazimnya fizikal symptom yang dilalui juga menunjukkan reaksi yang positif. Antara komen yang diterima migrane hilang, pandangan mata lebih terang, sinus berkurangan, masalah ghout hilang, perjalanan haid lebih teratur dan sebagainya.
Salam Inspirasi!
APAKAH FUNGSI DOWSING RODS?
-Mengetahui size aura barang / haiwan / tumbuhan & manusia
-Mengetahui kualiti air
- Mengesan air dibawah tanah
-Mengesan radiasi bahaya
-Mengesan tenaga negetif / bad energy
-Mengesan niat yang tidak baik pada seseorang
-Mengesan bad energy pada tubuh badan seseorang
-Menentukan gerak hati dengan jelas
-Bagi tentera atau polis di serata negara, mereka gunakan dowsing rods untuk mengesan bahan letupan
DOWSING RODS SEBAGAI ALAT BANTUAN JUALAN
Pada masa kini, Dowsing Rod popular sebagai alat bantuan jualan. Penggunaannya secara meluas mampu meningkatkan jualan sesuatu produk. Bukti nyata apabila ujian pengukuran aura dilakukan kepada sesuatu produk mampu meyakinkan pelanggan kepada kekuatan sesuatu produk itu.
BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN DOWSING RODS?
1- pegang pasti kan kedua2 dowsing selari kevawah
2- Genggam dengan selesa kedua-dua dowsing rods dengan
jarak sekurangnya 1 inci antara keduanya
3- Kosongkan fikiran dan neutralkan pergelangan tangan
4- Niat dalam hati mahu scan atau ukur tenaga
5- Halakan dowsing rods padanya. Pastikan mata(point) dowsing
rod mengukur daripada bawah 0 darjah
naik perlahan-lahan ke 90 darjah dan menghala ke arah tenaga itu6- Statikkan pergelangan tangan anda dan biarkan 15 saat untuk dapatkan keputusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan